Hadi Dedahkan BR1M Satu Perangkap Yang Nikmat

adi Dedahkan BR1M Satu Perangkap Yang Nikmat-Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai perangkap untuk rakyat yang kemudiaannya terpaksa membayar dengan kos sara hidup yang naik saban tahun.

Tuan Ibrahim berkata, pemberian wang tunai itu menjadi senjata baru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu rakyat terus bergantung kepada mereka agar terus berkuasa.

“Pemberian BR1M secara ansuran dijadikan satu senjata untuk membudayakan mereka agar terus bergantung hidup pada kerajaan.

“Dengan pengurangan subsidi yang dilakukan dan peningkatan pemberian BR1M dari tahun ke tahun yang menyebabkan kenaikan kadar inflasi jauh melebihi kadar pendapatan, golongan ini akan terus terperangkap di dalam penjara yang dicipta BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan MCA semalam sebagai contoh sikap pemerintah mahu membudayakan kebergantungan tersebut.

“Ini tidak mustahil berdasarkan apa yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan agung tahunan MCA semalam di mana beliau mengingatkan masyarakat Cina tidak patut menuntut sesuatu daripada kerajaan jika mereka menyokong pembangkang,” katanya.

Menurut Tuan Ibraim, tidak guna jika kerajaan memberikan bantuan tunai jika pada masa sama harga barang juga naik, khususnya selepas pemotongan subsidi minyak baru-baru ini dan juga pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

“Akhirnya, segala apa yang diberi kepada rakyat sebenarnya akan dipungut kembali oleh kerajaan.

“Yang berbeza ialah rakyat ditolak ke dalam gaung dan terpaksa bergantung hidup dengan pemberian kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga menyelar kenyataan berbentuk ugutan oleh Najib semalam, sebaliknya berkata rakyat berhak untuk memilih parti politik yang disukai mereka.

“Sebagai pembayar cukai, rakyat berhak memilih siapa sahaja untuk menguruskan negara pada setiap pilihan raya. Dan sebagai sebuah kerajaan yang dipilih, ia bertanggungjawab menjaga kebajikan setiap rakyatnya tanpa mengira pendirian politik mereka.

“Itulah asas kepada sistem demokratik yang adil dan saksama dan berfungsi,” katanya.

Pengumuman kerajaan baru-baru ini mengurangkan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen dijangka akan meningkatkan inflasi negara yang sedia naik saban tahun.

Bank Negara meramalkan kadar inflasi dijangka kekal pada 3 hingga 4% tahun ini.

Dalam pada itu, pelaksanaan GST yang bermula pada 1 April 2015 dengan kadar 6% dijangka akan membebankan lagi pengguna dan rakyat.

Baca lanjut di TMI

0 comment... add one now