Raja Azmi Dilarang Ke UIA Kerana Novel Fantasi Seksual Terlampau

Raja Azmi Dilarang Ke UIA Kerana Novel Fantasi Seksual Terlampau-Pengarah dan penulis novel, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dilarang mengadakan pertemuan bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan berikutan keberaniannya yang banyak menghasilkan novel-novel yang mengandungi unsur seks dan fantasi melampau.

Raja Azmi sebelum ini dijadualkan mengadakan dialog bersama pelajar di universiti tersebut pada 18 Oktober ini sempena dengan Hari Terbuka UIAM Kuantan.

Pun begitu, larangan ini mendapat tentangan daripada penerbit novel terbaru Raja Azmi, 'Karkuma' yang menganggap pihak pengurusan UIAM Kuantan membuat tuduhan melulu di mana Raja Azmi sebelum ini juga pernah menerbitkan buku-buku ajaran solat untuk kanak-kanak, buku komik Anak-anak Sidek yang berunsurkan patriotik dan banyak lagi bahan ilmiah lain.

Dengan keputusan ini juga, pihak penerbit telah menarik semula penyertaan dalam semua program yang telah dipersetujui bersama UIAM Kuantan untuk acara tersebut yang menjadi sebahagian daripada acara istiadat konvokesyen institusi tersebut.

Dalam pada itu, pada 18 Oktober ini, Raja Azmi akan berada di Kolej Matrikulasi Labuan untuk mengadakan sesi dialog bersama pelajar yang berminat dalam bidang penulisan.

0 comment... add one now