Dalam Diam Oktoberfest Di Melaka Tak Diserang Pula

Dalam Diam Oktoberfest Di Melaka Tak Diserang Pula-Sekarang geng2 UMNO dok sebar ini. Kononnya penafian berlakunya penganjuran octoberfest di kawasan terbuka kat Melaka.

Lihat ;


Adakah geng2 PR fitnah bila menyebarkan ini ;



Nampaknya tidak juga. Kerana ia turut dilaporkan oleh BH Online.

Rujuk sini ;




Bacaan penuh disini.

Dalam kenyataan media di atas menyebut bahawa penganjuran Octoberfest tidak berlaku di Melaka. Dan yang paling aku meluat. Part akhir. Tak habis2 nak membandingkan keburukan dengan keburukan. 

Sekarang. Ini yang aku fikir.

1. Troll dari geng2 BN kepada Melaka. Mungkin dorang bengkek. Tengah sedap2 kutuk Selangor dan DAP alih2 Melaka pun boleh anjur sekali Octoberfest. Yang lagi sadis, terbuka plak tue di kawasan public.

2. Memang penafian sungguh2. Nak cover malu.

3. Mula2 diluluskan tapi atas sentimen politik, ia dibatalkan untuk bermain propaganda politik.

Yang mana satu? Aku tak tau.

Yang aku tahu salah seorang di antara mereka sedang menipu. Siapa dan kenapa? Itu lue siasat la sendiri kalau rajin.

HAHA.

Apa2 pun aku tengok sekarang semacam non muslim ingat muslim dok fobia gila dengan arak dan pesta arak. Aku tengok jurang salah faham semakin melebar akibat tindakan bengong wakil2 rakyat DAP baru2 neh. Lebih bengong bila Terasa Kok dan Elizabeth Wong berlakon suci macam mangsa keadaan buat2 macam kena rogol plak privacy dan hak mereka untuk bermabuk sakan.

Tah hapa-hapa.

Lepas tue mislead dari subjek sebenar. Sesetengah wakil rakyat DAP kalau bab fitnah dan spin memang pakar. Sama je macam BN. Btw, aku rasa semua parti2 dalam PR dan BN sama je. Ada je elemen2 negatif dan positif dari mereka. Sebenarnya. Muslim tak melarang non muslim minum. Mereka boleh minum. Don't worry. Cuma mempromosikan pesta arak itu sangat tidak patut.  

Hak minum arak hak mereka. Hak untuk mendapatkan wakil rakyat yang tidak membudayakan cara hidup yang berpenyakit hak kita. Wakil rakyat kat negara barat ada tak mempromosikan pesta arak korang rasa? 

Si Teresa dan Elizabeth. Dorang agama apa ek? Kristian ka si Elizabeth tue? Kan dia yang beria2 pertahankan Bible? Ada dia ikut amalan dalam bible? Dia seorang penganut kristian yang jahat sebab tak ikut apa yang kristian anjurkan jika benar dia seorang penganut kristian. Ada kristian atau buddha suruh kau memprovokasi orang Islam dengan cara gambar provokatif pesta arak di facebook? 

Lepas tue dok jaja ayat simpatatik. Ayat lakon suci yang paling aku meluat tue. Kalau ada orang yang percaya.. hak ala.. aku hanya mampu katakan bodohnya kau..  Dorang sendiri sebar, atas tujuan tersirat melakukan provokasi, dan dorang sendiri tanggung la dengan persepsi umum. 

Lepas tue dekat2 nak PRU, mula la masuk masjid, masuk surau dok berlakon suci untuk amek ahti orang Islam. Orang Islam yang low standard jek akan terpedaya dengan taktik basi macam tue. Sorry. 

Punyala bersepah2 budaya yang bagus dari Jerman kita boleh popularkan, adaptasikan ke dalam kehidupan kita, jadi duta kepadanya, kita sibuk nak jadi wakil rakyat yang mempromosikan pesta arak. Kenapa?

Satu lagi. Kat wall geng2 pro BN. Yang bangsa cina dan india, tak sokong pula tindakan wakil2 rakyat DAP. Mungkin atas sentimen politik. Mungkin atas sentimen agama. Ada yang cakap kenyataan Wong Chen tue mengambarkan seolah2 orang2 cina geng minum. Padahal ramai orang2 cina menolak budaya mabuk bahkan minum arak atas dasar kesihatan tubuh badan. Bahkan ada yang menolak atas faktor agama dan juga amalan gaya hidup yang sihat akibat arak juga boleh merosakkan instituasi kekeluargaan dan merosakkan ekonomi keluarga. Adanya terjadi kes yang mabuk sehingga berjudi atau judi sehingga mabok.

So, dari situ aku dapat kenal dan memahami cara pemikiran masyarakat cina tue macam mana sebenarnya.

DAP cuba mengambarkan orang cina gila judi, gila mabuk, gila pesta, gila seks dan macam2 gila lagi la.

Padahal bersepah2 orang2 cina yang tidak gila semua2 tue dan mereka baik2 belaka. Sungguhpun ada yang berjudi, minum2 dan mengamalkan seks sebelum kahwin tapi tidak la bermaksud mereka membudayakan dan mahu amalan itu berleluasa di kalangan masyarakat mereka. Mereka faham kesannya dan lebih baik mereka buat sendiri2 (secara peribadi dan tidak secara terbuka) dan tak perlu la nak berbangga2 dengan cara hidup sebegitu. 

DAP. DAP. Berhenti burukkan imej bangsa cina boleh tak. Sengal punya parti. Takde otak betul.-artikel diambil dari AMENO

0 comment... add one now