Anak Dicabul Bapa Ibu Pula Belasah

Anak Dicabul Bapa Ibu Pula Belasah-Dalam kejadian minggu lalu, mangsa yang sedang tidur di dalam biliknya tiba-tiba didatangi bapa tirinya itu dan terus memeluknya. “Mangsa dicium dan dicabul sebelum cuba dirogol. Namun mangsa berjaya melarikan diri,” katanya.

Kuala Lumpur: Hancur hati seorang kanak-kanak berusia 13 tahun apabila bukan saja sering dicabul bapa tirinya malah dituduh cuba menggoda bapa tirinya oleh ibu kandungnya selepas mangsa mengadu mengenai kelakuan tidak senonoh lelaki itu.

Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun itu menjadi mangsa nafsu serakah bapa tirinya sejak setahun lalu selepas ibu kandungnya bercerai sebelum berkahwin dengan lelaki itu.

Sumber polis berkata, mangsa didakwa sering dibelasah bapa tirinya ketika ibunya pergi bekerja namun mangsa tidak pernah mengadu kejadian itu kepada ibunya.

Katanya, selain bertindak kejam ke atas mangsa, lelaki itu turut mencabul mangsa.

Menurutnya, dalam kejadian sama pada 5 Oktober lalu pula, lelaki terbabit merakam gambar mangsa sedang mandi dan diugut untuk memuaskan nafsunya jika tidak mahu gambar berkenaan disebarkan.

“Mangsa cuba merayu kepada lelaki itu untuk memadamkan gambarnya namun lelaki itu masih berkeras membuatkan mangsa melarikan diri dari rumah selama dua hari.

“Semalam, selepas mangsa pulang ke rumah, dia disoal ibunya mengenai punca dia melarikan diri dan apabila mangsa mendedahkan kelakuan tidak senonoh bapa tirinya, ibunya naik angin sebelum membelasah mangsa selain menuduh mangsa yang cuba menggoda suaminya,” katanya.

Mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi untuk tindakan lanjut.

0 comment... add one now