Polis trafik ini mungkin memberhentikan kereta tanpa ikut prosedur yang sepatutnya.Akibatnya dia dilanggar tanpa sengaja oleh kereta yang cuba ditahannya.
Kuala Lumpur, 30 Okt - Hari ini, satu video yang merakamkan kejadian seorang polis trafik yang sedang bertugas dirempuh oleh sebuah kereta perdana di Jalan Semantan, Kuala Lumpur, semalam telah dimuat naik di laman Youtube.
Mengikut video tersebut, polis tersebut dilihat berhenti di tengah jalan bagi memberhentikan trafik. Namun setelah beberapa saat polis tersebut dilihat berada di tengah jalan, sebuah kereta perdana datang merempuhnya dari bahagian sisi belakang.
Akibat rempuhan itu, polis tersebut bersama motornya tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Selepas kejadian, anggota polis trafik dan juga orang awam membantu mangsa
Jika dilihat pada saat kejadian, boleh dilihat kesan tayar akibat brek di atas jalan kerana pemandu tersebut cuba brek secara mengejut. - SiakapKeli
Langkah kecemasan yang diambil oleh rakan-rakan polis trafik lain juga agak pelik.Sepatutnya mereka memberi isyarat berhanti atau membuat hadangan pada laluan polis trafik yang jatuh.Ini mengelakkan kejadian lebih buruk dirempuh kali kedua.Mereka juga agak lambat melancarkan semula laluan trafik.