Pemeriksa Tiket Bas Nodai Gadis-Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang menunggu rakannya berhampiran sebuah kedai di Jalan Pedada untuk membawanya pulang ke Rantau Panjang sekitar jam 9.30 malam dan secara kebetulan suspek difahamkan datang dengan keretanya.
(gambar hiasan)
SIBU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Rantau Panjang di sini mendakwa dirinya dirogol seorang pemeriksa tiket bas pada 10 Oktober lalu.Kejadian itu didakwanya berlaku dua kali, pertama di dalam kereta suspek berusia 30-an dan kali kedua di bilik yang disewanya di Jalan Pedada di sini pada hari sama.
Suspek dikatakan menghantar mangsa pulang selepas dia merogolnya.
Mangsa tampil membuat laporan polis di sini, kelmarin.
Mangsa dikatakan mengenali suspek kerana dia kerap berulang-alik ke rumah menggunakan bas.