Fuh Roti Canai Sekeping Dikenakan Harga RM55-Bukti bagi kisah ini adalah resit bulan lalu tapi tak apalah, bagi yang belum tahu dan sayangkan duit ini boleh dianggap satu perkongsian berguna buat anda.
Kebanyakan kita tentu tahu harga dikenakan bagi makanan di hotel (apatah lagi banyak bintangnya) tidak akan sama dengan restoran biasa apatah lagi warung di tepi jalan.
Tapi agak-agak andalah kan, berapa harga sekeping roti canai yang habis mahal pun dijual sekitar RM2 di kedai mamak mungkin dicaj di hotel ternama lima bintang?
RM20..? RM30..? Jika itu harga paling mahal anda rasa munasabah untuk dikenakan, anda SILAP.
Sebab di Hotel The Majestic Kuala Lumpur, tersebar resit menunjukkan harga RM55 dikenakan untuk sekeping roti canai yang dipesan oleh pelanggan untuk makan di bilik hotelnya!
Resit ini sekali gus menyokong dakwaan seorang pelanggan lain yang berkongsi pengalamannya di laman web percutian terkenal triavisor.com.my pada 7 Ogos lalu.
Dalam review tentang hotel ini pelanggan tersebut menulis, dia dan isterinya menempah sebuah bilik di The Majestic untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Hotel ini digambarkan memang menarik dan memuaskan hati kecuali beberapa kelemahan kecil termasuk bab harga makanan.
Pelanggan dikenali sebagai Joel Wong mendakwa, dia dan isteri sudah biasa kadang kala menggunakan khidmat servis bilik hotel untuk memanjakan diri termasuk memesan makanan.
Bagaimana pun harga menu untuk In-Room Dining di Hotel Majestic agak mengejutkan mereka yang sudah biasa melihat RM30 hingga RM40 dikenakan untuk sebiji burger ketika check-in di hotel ternama lain selepas mendapati sepinggan mi mamak atau sekeping roti canai dicaj sehingga RM55 di hotel ini.
Apa pun, mungkin harga ini cuma mengejutkan rakyat marhaen seperti penulis saja kot?
Mungkin bagi sesetengah orang kaya ini normal price atau harga ‘celah gigi’ sahaja bagi mereka.
Tak apalah, anggaplah ini cuma satu perkongsian untuk kita-kita yang sayangkan duit – manalah tahu satu hari terasa nak bermalam di hotel ternama (selepas puas berjimat kumpul duit) untuk meraikan sesuatu yang istimewa, jangan lupa periksa harga menu sebelum telefon room service tau? - MYNEWSHUB