Hukuman Kritikal PTPTN Kini Ke CCRIS Sekat Pinjaman Bank

Hukuman Kritikal PTPTN Kini Ke CCRIS Sekat Pinjaman Bank-Peminjam ingkar PTPTN akan disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) mulai tahun 2015. Jika sebelum ini pihak PTPTN hanya menyenarai hitamkan peminjam dalam sistem imigresen dimana peminjam ingkar tidak akan dibenarkan ke luar negara. 

Namun apabila PTPTN menyenaraikan peminjam ingkar ke dalam sistem CCRIS, peminjam ingkar akan menerima kesan yang lebih buruk terutamanya tidak akan dapat kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan (Bank), termasuk permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan. Pada peringkat permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap lebih 170,000 peminjam tegar PTPTN yang langsung tidak menjelaskan pinjaman berjumlah kira-kira RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010.

0 comment... add one now