Kalau baca tajuk memang agak panas, kenapa pula Akak Ogy terajang menantu Siti Nurhaliza semasa berlatuh teater?, Tia Ariffin? Kasihan sudahlah baru sahaja kahwin, kena terajang sebegitu. Haa kalau hendak tahu, semua itu hanya lakonan dalam teater Bawang Putih Bawang Merah yang akan dipentaskan esok, 3 Disember hingga 8 Disember ini di Pentas Istana Budaya.
Sebenarnya Tia Ariffin menggantikan watak Bawang Merah yang dibawakan oleh Fatiya Latiff kerana beliau mempunyai urusan di Brunei pada 5 dan 6 Disember. Untunglah Tia Ariffin diberikan peluang dan kepercayaan untuk berlakon dalam naskhah Erma Fatima ini. Erma Fatima pun bukan calang-calang pengarah. Selain Akak Ogy dan Tia, teater Bawang Putih Bawang Merah ini dibarisi oleh Syarul Ridzwan (Putera Raja), Juliana Evans (Bawang Putih), Fatiya Latiff (dan Tia Ariffin sebagai Bawang Merah), Nabila Huda (Ibu Bawang Putih), Fazlina Ahmad Daud (dan Akak Ogy sebagai Ibu Bawang Merah), Beto Kusyairi (Bongkok), Tia Ariffin (Melur) dan penampilan istimewa Ungku Ismail Aziz. Eh? TT tengok klip-klip 15 saat di Instagram dengan #teaterbawangputihbawangmerah memang teater ini dapat menarik minat ramai penonton kerana selain menampilkan kisah klasik yang tidak pernah lapuk, pemilihan para pelakon juga berdasarkan bakat, populariti dan rupa, seperti menurut Erma Fatima. Kepada peminat teater, jangan lupa dapatkan tiket dan memberikan sokongan terhadap industri teater negara kita. Jom kita enjoy gambar-gambar di sebalik sesi latihan untuk teater Bawang Putih Bawang Merah ini. Laju Laju … Buaiku laju… Pohon beringin tegaknya tinggi kalau rendah menyapu bumi penghibur aku menolong aku bertiuplah oh angin bayu laju laju buaiku laju akulah anak yatim piatu . Laju Laju… buaiku laju.. pohon beringin daunnya rendang akar berjalur cecah ke bumi hatiku ingin hidup gemilang nasib malang suratan diri hidupku tidak beribu akulah anak yatim piatu |