Selepas sekian lama akaun Instagramnya tidak dikemas kini, pelakon Faizal Hussein tergerak untuk memuat naik gambar terbaru bersama butiran peribadi. Dan dia tidak ada niat apa-apa pun ketika itu.
Namun rezeki bagaikan tiba-tiba mengetuk pintu rumahnya.
"Tidak lama kemudian, sebuah syarikat produksi menghubungi saya dan menawarkan peluang berlakon," katanya kepadaMalaysiakini semalam.
Faizal ditemui di set penggambaran filem Mrs K di Subang Jaya bersama pelakon veteran Hong Kong, Simon Yam dan Kara Wai.
Filem itu diterbitkan oleh Red Films dan Paperheart dengan dana daripada syarikat Malaysia, Sonneratia Capital serta Emperor Motion Pictures dari Hong Kong.
Menurut Faizal, 48, selama ini dia tidak pernah terfikir pun untuk mengisi maklumat peribadi di Instagramnya.
Satu hari, katanya, dia terdetik untuk meletakkan maklumat diri dan alamat email sebagai pelakon di Instagram.
“Apabila diberitahu saya akan bergandingan dengan Kara dan Simon, saya melompat gembira di rumah,” katanya.
Filem arahan Ho Yuhang itu sebenarnya sudah mula menjalani proses penggambaran sejak 28 November lalu dan dijangka siap untuk tayangan tahun depan.
Ia mengisahkan Mrs K (Kara), seorang wanita yang sanggup berkorban bagi melindungi suami dan anak perempuannya apabila musuh dari zaman silam datang menjejaknya.
Bercakap dalam hati
Mrs K turut menggandingkan pelakon dari Taiwan, Wu Bai serta Lau Wing (Hong Kong) bersama pengarah Fruit Chan dan Kirk Wong Chi Keung.
Pengarah filem Bunohan, Dain Said turut membuat kemunculan istimewa dalam Mrs K.
Faizal yang memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-25 di bawah bimbingan Dain, kini diberi watak bergelar Thick Eyebrow.
Menurut Faizal, peluang berlakon dengan Kara dan Simon boleh diumpamakan seperti mimpi menjadi kenyataan.
“Kara dan Simon antara pelakon yang menjadi idola saya.
“Ketika berusia kira-kira 13 tahun, saya sering menonton wayang di panggung berdekatan di rumah, dan ketika itulah filem Kara sering ditayangkan.
“Memang kejadian ini tidak dijangka, ditambah pula apabila bertemu pertama kali dengannya, dia seorang yang tegas,” katanya.
Kata Faizal yang turut tercalon sebagai pelakon lelaki terbaik melalui filem Longkai, dalam Mrs K dia terpaksa 'menyerang' Kara.
“Kalau diikutkan, inilah kali pertama saya berlakon dalam adegan bertumbuk dengan wanita,” katanya.
Pun begitu, lakonan kali ini boleh dikatakan sama seperti wataknya dalam Bunohan, iaitu tidak memerlukan dialog yang banyak.
“Boleh dikatakan, selepas menjadi Ilham dalam Bunohan, banyak watak yang diberikan kepada saya tidak ada dialog banyak.
“Dalam Mrs K, saya perlu berdialog menggunakan bahasa Inggeris untuk dua babak saja, manakala selebihnya perlu banyak beraksi,” katanya.

Kurang berdialog memberi satu cabaran buat Faizal, namun perkara itu seakan sudah sebati dalam dirinya.
Menurutnya, dia akan menggunakan pendekatan bercakap dalam hati bagi melaksanakan tugas itu.
“Apabila bercakap dalam hati, ekspresi itu akan lahir pada wajah, dan itulah caranya yang membantu saya menjayakan watak dalam Bunohan,” katanya.
Faizal berkata, kelainan filem itu ada pada gaya penceritaan dan kejutan plot yang akan membuatkan penonton terpaku di kerusi untuk terus menonton.
“Ia tidak tunjukkan pengakhiran babak seperti telahan kita, tetapi akan membuat penonton ternanti-nanti dan mungkin mereka tidak akan sanggup keluar untuk ke tandas pun kerana tak mahu terlepas sebarang babak filem itu," katanya.-malaysiakini