Sultan Johor Ingin Tahu Kemana Hilangnya Duit JAKIM 1 Bilion Setahun

Perbelanjaan 1 bilion oleh JAKIM rupa-rupanya tidak diistihar.Jangan kata rakyat jelata,Sultan pun tak tau kemana duit itu dibelanjakan oleh orang atasan JAKIM.Kini Jakim bekerja keras mengumpul segala bil kerana Sultan Johor ingin lihat belanjawan itu sewaktu mesyuarat khas.

Sebulan selepas seorang timbalan menteri berkata bajet yang diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mencukupi, Sultan Johor bertitah, baginda tidak faham mengapa agensi agama persekutuan itu perlu hampir RM1 bilion setahun.

Dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar The Star, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda mahu Jakim menunjukkan kepadanya bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.

"Beta ingin tahu jika benar, mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

"Semasa persidangan Majlis Raja-Raja seterusnya, beta mahu mereka tunjukkan kepada beta pecahan perbelanjaan mereka.

"Beta ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah agama di sini," pemerintah Johor itu dipetik sebagai berkata.

The Malaysian Insider melaporkan pada November, Jakim memperuntukkan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai tahun ini, dengan sebahagian besar daripadanya untuk aktiviti dasar, termasuk menangkis cubaan "kumpulan ajaran sesat" menyesatkan umat Islam di negara ini.

Dalam responsnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim memerlukan lebih daripada RM1 bilion bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia dan memerangi mereka yang menentang kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, peruntukan sebanyak itu bukan satu pembaziran.

Tetapi, pengkritik menuduh Jakim bertentangan dengan Perlembagaan dan menceroboh kuasa Raja-raja, yang merupakan ketua agama bagi negeri masing-masing.

Sultan Ibrahim mengesahkan kedudukan Raja-raja dan berkata kuasa Jakim terhad kepada menasihati atau mencadangkan garis panduan kepada mereka.

Baginda berkata, terpulang kepada Sultan untuk menerima nasihat Jakim atau tidak, sambil menambah jabatan agama peringkat persekutuan itu tidak berhak campur tangan dalam negeri itu.

0 comment... add one now