Bekas Isteri Artis Gelar Ustazah Syaitan Punca Penceraian

PETALING JAYA: Seorang wanita iaitu Maslinda Yusof, 41, yang juga bekas isteri kepada dramatis 80-an iaitu Zainol MacWilson mendedahkan punca sebenar perceraian mereka adalah disebabkan gangguan daripada seorang wanita bergelar ustazah.

Maslinda berkata ustazah berkenaan bukan sahaja masih bersuami, malah tergamak untuk merosakkan rumah tangga orang lain.

"Inilah agaknya contoh syaitan bertopengkan manusia. Seorang suri rumah tangga, isteri juga ibu kepada dua orang anak. Juga seorang ustazah yang selayaknya dihormati tetapi sebaliknya bagi ustazah yang saya maksudkan ini, melayan suami orang sehingga rumah tangga saya yang dibina 22 tahun hancur berkecai.

"Saya tidak meletakkan 100% kesalahan kepada ustazah ni saja sebab saya tahu bekas suami saya pun gatal orangnya tapi saya tidak sangka dan tidak faham perempuan yang bergelar ustazah yang mengajar kita ke jalan Allah boleh berperangai begini," kata Maslinda.

Maslinda menulis status tersebut dalam akaun Instagram miliknya dengan memaparkan wajah wanita berkenaan pada Khamis.

Zainol mendirikan rumah tangga dengan Maslinda selama 22 tahun dan bercerai pada 9 November lalu dan mendapat empat orang anak termasuk pelakon Zahirah MacWilson.



Pendedahan perbualan antara Zainol dengan wanita tersebut yang dimuat naik oleh bekas isterinya Maslinda.

Dalam status Instagram itu, Maslinda turut mendedahkan rakaman skrin perbualan romantik antara suaminya dengan wanita berkenaan sebagai bukti kedua-duam individu berkenaan mempunyai hubungan.

Tambah Maslinda, wanita tersebut kini dalam usaha memporak perandakan percintaan anak mereka iaitu Zahirah dengan pelakon Zul Ariffin.

"Ustazah ni, sebelum kami bercerai berjanji dan bersumpah, menangis, merayu pada saya yang dia tidak akan berhubungan lagi dengan bekas suami saya tapi hari ni saya dapat tahu yang mereka masih lagi berhubungan. Apa yang membuatkan saya marah ialah saya ditipu sekali lagi, sudah berjanji tetapi dimungkiri dan sekarang dia cuba menabur fitnah hantar gambar/mesej pada bapa Zahirah tanpa selidik dulu.

"Kenapa nak jadi batu api? Cuba nak porak perandakan hubungan anak saya Zahirah pulak. Ustazah jenis apa ni?? Tak payah lah nak buat macam tu, kalau betullah orang tu jahat, Allah ada. Satu hari nanti Allah sendiri akan tunjukkan seperti mana Allah tunjukkan pada saya hubungan sulit antara awak dan bekas suami saya (yang) ketika itu masih lagi suami saya.

"Kalau diorang (Zahirah) nak buat jahat pun atleast diorang tu single bukan bini ataupun laki orang," ujarnya.



Zahirah dan Zainol MacWilson

Sementara itu, Zahira yang dihubungi enggan mengulas tentang perkara ini dan menganaap ia adalah hal peribadi keluarga mereka.

"Saya tiada komen apa-apa dan perkara itu adalah perkara peribadi keluarga saya kalau nak tahu tentang itu kena tanya ibu saya sebab dia yang muat naik post tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, usaha mStar untuk menghubungi Zainol juga gagal apabila dia mematikan telefon bimbitnya.

0 comment... add one now