SAN FRANCISCO – Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan kelmarin bahawa beliau kini seorang bapa dan berjanji akan mendermakan hampir keseluruhan kekayaannya bagi menjadikan dunia ini “tempat yang lebih baik” buat anak perempuannya, Maxima dan kanak-kanak lain.
Dalam sepucuk surat kepada Maxima yang disiarkan di Facebook, Zuckerberg dan isteri, Priscilla Chan berkata, mereka akan mendermakan 99 peratus saham Facebook dengan anggaran nilai AS$45 bilion (RM189 bilion) ketika hayat mereka sebagai usaha untuk mewujudkan dunia yang bahagia dan sihat.
“Max, kami menyayangi kamu dan berasa bertanggungjawab untuk mewariskan dunia yang lebih baik kepada kamu dan semua kanak-kanak,” menurut surat itu.
Zuckerberg akan menghadiahkan hampir keseluruhan sahamnya dalam Facebook atau hasil jualan bersih saham tersebut untuk tujuan meneruskan misi memperkasa potensi manusia dan menggalakkan kesaksamaan melalui aktiviti yang memanfaatkan masyarakat.
Sebelum ini, Zuckerberg, 31, menyenaraikan namanya dalam inisiatif Giving Pledge yang disertai oleh sebilangan bilionair. Mereka berikrar akan menyalurkan kekayaan bersama untuk tujuan kebajikan.
Nama-nama besar yang turut serta dalam perjanjian itu ialah pengasas bersama Microsoft, Bill Gates; Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg; jutawan Oracle, Larry Ellison dan Pengerusi IAC/InterActiveCorp, Barry Diller. – AFP-kosmo