Sumber sahih yang memaklumkan berita itu kepada mStar Online berkata, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.
Namun tidak dipastikan kunjungan itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.
Namun tidak dipastikan kunjungan itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.
Tambah sumber itu, keretakan rumah tangga Fasha dan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai, 39, disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.
Salah satu paparan skrin komen Nora Danish yang dikatakan menjadi punca konflik rumah tangga Fasha.
Lebih parah lagi ujar sumber itu apabila bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish dikatakan turut terbabit sama.
"Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.
"Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah," kata sumber tersebut.
Tambahnya, isu berkenaan telah menjadi perdebatan peminat Fasha dan Nora di laman sosial mereka.
Pada tahun 2011 rumahtangga mereka pernah bergolak
Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.
Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan pengesahan daripada kedua-dua artis terbabit bagaimanapun gagal.