Media Metro pada 25 November lalu, melaporkan, seorang lelaki yang baru sebulan berkahwin dengan remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun, ditahan kerana merogol adik iparnya berusia 11 tahun.
(gambar hiasan)Lelaki berusia 35 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N Kanageswari.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di sebuah rumah di Port Dickson, dekat sini, pada 1 September dan 23 November lalu.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 30 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96845#sthash.4bteo98o.dpuf