Lelaki bertopeng syaitan terbabit dikatakan mencari wanita terutamanya yang bertudung dan berniqab sebagai mangsa. Dia turut menawarkan bayaran kepada mangsa untuk menjadi model bagi portfolio beliau dengan syarat mangsa perlu beraksi ghairah. Gambar-gambar ghairah wanita yang terjerat juga turut dijadikan modal onani beliau.
Ini merupakan laporan wanita berniqab yang diajak berzina oleh jurugambar palsu itu, dipetik dari Oh! Media :
Assalamualaikum kepada team Oh! Media... Mohon siarkan cerita tentang Lelaki Gatal yang menyamar sebagai fotografer ini.
Nama yang digunakan adalah Azmn Shrfdn:
FB Beliau : https://www.facebook.com/azmn.shrfdn
Saya mendapat banyak laporan mengenai beliau melalui model2 dalam group fotografi saya.
Dah ramai gadis muda termasuk isteri orang telah cuba diganggu beliau. Modus operandinya adalah dengan mengajak mereka untuk mengambil gambar sebagai model dengan menawarkan sejumlah wang sebagai imbuhan.
Beliau akan minta mereka isi borang dan kemudiannya memujuk supaya mereka memberikan gambar2 lucah melalui mesej facebook. Akhir2 ini beliau mula mensasarkan wanita bertudung dengan memujuk mereka mengambil gambar selfie tanpa tudung dan tanpa pakaian dengan alasan nak tengok bentuk badan mereka sesuai atau tidak untuk jadi model.
Kali ini, beliau cuba mengumpan wanita yang berniqab pula. Malah lebih buruk kerana beliau sudah berani mengajak berzina pula. Mohon desak Polis membuat siasatan thadap pemilik akaun ini, kerana sudah ada beberapa laporan dibuat tapi dia masih bebas.
Sekian. terima Kasih.
Turut disertakan sekali screenshot mesej antara mangsa dan lelaki miang itu.
Meskipun jika difikirkan secara logik, mustahil pelaku berani menggunakan gambar sebenar untuk tujuan jahat ini, namun apa pun kaum wanita haruslah berhati-hati dengan manusia seperti ini. Tidak mustahil terdapat ramai lagi manusia "pervert" di laman sosial yang sentiasa mencari mangsa untuk tujuan kepuasan nafsu dan modal onani. Jaga-jaga ya, jangan sampai terjerat! - CARI Infonet.