Punca Buaian Besar Funfair Tumbang 7 Gambar

PORT DICKSON: Penganjur pesta ria yang permainan buaian besar tumbang tengah malam tadi, mendakwa hujan lebat yang menyebabkan tanah tidak stabil menjadi punca kejadian itu. 

Wakil syarikat terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, setiap kali sebelum pesta ria itu beroperasi, kakitangannya akan memeriksa setiap permainan di situ, termasuk buaian besar itu. 

"Pemeriksaan dijalankan setiap petang bagi memastikan permainan yang disediakan dalam keadaan selamat untuk digunakan. 


"Bagaimanapun, hujan lebat sebelum kejadian itu menyebabkan keadaan tanah menjadi tidak stabil dan mungkin menyebabkan tetulang utama yang menyokong permainan itu tidak stabil dan tumbang," katanya ketika ditemui, hari ini. Beliau berkata, pesta ria itu diadakan sejak 1 November lalu hingga akhir bulan ini dan kejadian itu adalah kali pertama berlaku sejak beroperasi di sini, kira-kira 10 tahun lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/102915
Port Dickson: Dua lelaki tercampak dan seorang wanita tersepit selepas buaian besar di pesta ria di PD Waterfront, di sini, tumbang 12 tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa wanita, Hawa Liana Kamar Bashah, 21, parah, manakala mangsa lelaki, Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17 cedera.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang wanita tersepit pada kerusi buaian itu, manakala dua lelaki tercampak ke bawah buaian dan anggota bomba menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan kerusi buaian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Buaian Besar Tumbang, Lesen Pesta PD Di Gantung
“Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dirawat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98456#sthash.H71408et.dpuf

0 comment... add one now