WAJAH jurutera elektrik, Allen Pan penuh kepuasan selepas memberitahu dunia bahawa beliau berjaya mencipta senjata popular dari francais 'Star Wars' iaitu pedang Lightsaber.
Melalui video yang dimuatnaik oleh Allen di laman Youtube yang sudah ditonton lebih sejuta pelayar, Allen menerangkan cara mudah untuk membina senjata tersebut.
Kata Allen, beliau menggunakan sistem 'nichrome ignition' yang memancutkan api dari pemegang pedang dalam bentuk barisan ke udara.
Di dalam pemegang pedang atau 'hilt', satu botol kecil diisi pula dengan gas campuran methanol dan acetone.
Untuk mewujudkan suasana 'Star Wars' pula, satu mikrofon kecil yang mampu mengeluarkan efek bunyi dari filem berkenaan dipasang di pemegang pedang.
Secara asasnya, Lightsaber yang dibina oleh Allen adalah 'pedang api' dan beliau menggalakkan pengguna atau pencipta yang lain supaya berhati-hati.
Sebelum ini, Allen juga pernah mencipta senjata fiksyen, tukul Mjolnir yang dipopularkan dari siri Avengers dan digunakan oleh karakter Thor.