Dalam pendengaran semula kes serangan seksual ke atas Tania Billingsley, 22, (gambar kecil) di Mahkamah Tinggi Wellington semalam, tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku menghisap ganja dan membeli dadah sintetik, lapor akhbar NZ Herald.
Pendakwa raya Grant Burston memberitahu mahkamah, Rizalman membeli ganja di New Zealand dan mempunyai sejarah penagihan dadah di Malaysia.
Rizalman memberitahu, dia pernah menghisap ganja di Malaysia tahun lalu, enam minggu sebelum dia dimasukkan ke hospital psikiatri.