Filem ini penuh dengan melodramanya dan untuk memastikan setiap babak itu berjaya, saya juga akan sama-sama menangis.
"Jika saya tidak dapat merasa keperitan yang dilalui watak yang dilakonkan, saya percaya ia juga tidampai kepada penonton yang menonton," katanya.
"Jika saya tidak dapat merasa keperitan yang dilalui watak yang dilakonkan, saya percaya ia juga tidampai kepada penonton yang menonton," katanya.
Osman yang berkongsi pengalaman penggambaran filem itu berkata, dia hanya akan berpuas hati dengan setiap lakonan pelakon-pelakonnya jika babak yang diarahkan itu berjaya membuatkan dia menangis.
Osman ditemui pada majlis pratonton filem Langit Cinta di GSC Cathay Cineleisure di sini pada Selasa.
Filem Langit Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan, Normah Damanhuri dan Dian P. Ramlee.
Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.
Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.
Pelakon Langit Cinta
Keith Foo, Nur Fazura, Siti Saleha, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Farid Kamil, Zaidi Omar, Dian P Ramlee dan Normah Damanhuri.
Filem Langit Cinta adalah sebuah kisah yang diolah dan dirumus semula daripada novel nukilan Fauziah Ashari.
Pengarah Langit Cinta: Osman Ali
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.my/2015/02/filem-langit-cinta-sinopsis-lakonan.html#ixzz3vP2yeDKk