Gambar Ratu Cantik Malaysia Kimberley Leggett Kini Bertukar Ratu Sado



Ratu Cantik Malaysia Kimberley Leggett kini berubah dari seorang selebriti jelita ke seorang selebriti yang berbadan SADO.

Jika di Indonesia kita ada selebriti jelita Agnes Monica yang berubah dirinya kepada seorang selebriti jelita yang berbadan SADO.

Walaupun gelaran ratu berkenaan kekal menjadi miliknya, namun nampaknya Kimberley Leggett,21 ingin berubah angin daripada menjadi seorang ratu yang sentiasa ayu dan memiliki fizikal mempersona, kini berubah untuk mendapat gelaran jaguh bina badan.

Perubahan itu dapat dilihat menerusi laman Instagram miliknya, di mana Kimberley kini kerap mengunjungi pusat latihan fizikal atau gym dan membuat senaman yang menggunakan banyak besi berat untuk menaikkan otot di beberapa bahagian badannya.

Malah percaya atau tidak, beberapa otot terutama di bahagian perut dan juga lengan ratu berkenaan sudahpun kelihatan dan dia kini sedang mempertingkatkan usaha untuk memiliki fizikal yang ideal untuk terus cemerlang dalam sukan berkenaan.-cari.my











Bukan itu saja, malah apa yang lebih menarik lagi apabila baru-baru ini dia telah terbang ke Melbourne, untuk mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan ANB Victoria, di sana.

Meskipun tidak mendapat sebarang tempat atau gelaran juara, namun penyertaan pertama kali wanita kelahiran Pulau Pinang itu telah memberikannya untuk berada di tempat lima teratas.

Kimberley dalam beberapa gambar yang dimuat naik di dalam Instagram miliknya telah berdiri sama tinggi dengan beberapa perserta bina badan wanita yang lain dengan mengenakan pakaian khusus untuk pertandingan berkenaan.
Sedar percubaannyanya itu terlalu awal untuk membawa pulang sebarang tempat, namun Kimberley menanam azam untuk menyertai pertandingan yang sama tidak pada masa akan datang dan kekal membuat latihan fizikal sehingga kini.


Agness Monica Pun Bina Badan!











0 comment... add one now