Video Anak Rayu Abah Pulang Jadi Wali Disimbah Air

Rakaman video seorang bapa menyimbah air ke arah anak-anaknya yang datang untuk memintanya menjadi wali hangat diperkatakan di laman sosial.

Video: Ayah simbah air, maki anak dipercayai terkena sihir isteri muda
Memetik laporan The Hypermedia.com, individu yang memuat naik video itu mendakwa, lelaki dalam rakaman video itu adalah seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Perlis.

“Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging,” kata individu berkenaan.

Tampil pula seorang individu bernama Adam Haziq yang mendakwa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri.
Dia mendakwa, guru itu telah berubah sejak berkahwin dengan janda berkenaan apabila melupakan tanggungjawab sebagai ayah dan mengabaikan ibu kandungnya.

“Ayah (guru berkenaan) kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.


“Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

“Tiba-tiba keluar perkataan ‘Lada Ayah’ di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil,” kata Adam Haziq.

Video itu dikatakan itu telah ditonton sebanyak 243,362 kali dan dikongsi sebanyak 8,460 di laman Facebook.




Katanya anaknya minta bapanya menjadi walinya untuk nikah, tapi akibat kesan hasutan bini muda janda beranak 3, si bapa enggan menjadi wali anaknya. Pertalian dengan anaknya pun dah hilang..Si bapak dah macam jadi remote control akibat terkena sihir.

0 comment... add one now