Suami Hanez Suraya Dedah Sikap Sebenar Bekas Isteri

Jika sebelum ini kebanyakan cerita hubungan mereka hanya berpihak kepada bekas isteri Romie(suami Hanez Suraya) iaitu Liyana Manan, namun kali ini melalui Berita Harian, Romie menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan bekas isterinya itu.

Menurut Romie, ketika perpisahan mereka, satu perjanjian bertulis telah menjelaskan bahawa anak sulung di bawah jagaannya, manakala anak kedua diberikan kepada bekas isteri. Bagaimanapun berlaku beberapa perkara yang tidak dipatuhi oleh Liyana.

“Selama ini masyarakat hanya mendengar cerita sebelah pihak. Saya pula memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu mengaibkan wanita yang pernah memberikan saya zuriat. Saya tidak kisah jika ego saya dicabar dan diperkotak-katikkan oleh Nurliyana. Tetapi apabila membabitkan anak, saya tidak mampu mendiamkan diri”

“Ketika anak kedua di bawah jagaan bekas isteri, saya terkejut apabila diberitahu anak sulung yang adiknya sudah masuk sekolah. Saya tidak mempertikai tindakan Nurliyana itu, tetapi apa perasaan apabila berjumpa anak dalam keadaan tidak terurus dan calar balar?”

Lebih membuatkan saya terkejut apabila anak kedua menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut tetapi tidak diberikan rawatan segera oleh ibunya. Mengapa perkara itu tidak diceritkan kepada umum? Saya terpaksa mengambil Rayqarl dan membawanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta”

“Sebelum ini saya pernah menawarkan kepada Nurliyana pembantu rumah bagi menjaga Rayqarl tetapi ditolak. Jika Nurliyana mendakwa dia ibu yang bertanggungjawab, mengapa sanggup memperjudikan kesihatan Rayqarl?” jelas Romie.

Tambahnya, Hanez Suraya tidak pernah masuk campur di dalam urusan di antara dirinya dan Liyana. Tidak mengetahui mengapa bekas isterinya bagaikan mahu terus mengasak, Romie menjelaskan dia tahu masyarakat tidak akan percaya kepadanya – walaupun jika dia berada di pihak yang benar.

“Saya tahu masyarakat menyebelahi Nurliyana apabila dia kononnya langsung tidak menuntut apa-apa ketika kami berpisah. Bukan mahu mengungkit, tetapi masyarakat perlu tahu saya sudah sediakan segala-galanya untuk keselesaannya. Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana, tetapi juga bekas ibu mentua”
Romie Dedah Sikap Sebenar Bekas Isteri
“Mereka hidup selesa atas hak saya tetapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu. Tetapi kenapa Nurliyana berterusan memburukkan saya? Sekalipun saya berada di pihak yang benar, masyarakat tidak akan percaya. Mereka akan terus meletakkan kesalahan di bahu kami,” memetik antara luahan perasaan Romie di dalam akhbar tersebut.

Apa-apa pun, semoga perkara ini akan berakhir dengan baik dan Romie dan Hanez sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang mendatang-ROtiKaya


0 comment... add one now