Rita Rudaini ada memuatnaik gambar dengan kapsyen seperti sedang dilamun panah cinta. Tidak dapat dipastikan kesahihan apakah penyebab hati Rita sedang berbunga-bunga, adakah telah menemui cinta hati baru ataupun ada berita gembira lain.
Tetapi kakak kepada pelakon tersebut, Cik Ala seperti mengiyakan hati bunga-bunga Rita dengan memberikan komen, "makan tak lalu, mandi tak basah, tidoq tak lena la adik kami ni @ritrud727 nampaknya hati sedang berbunga-bunga." Penerbit drama yang rapat dengan Rita, Hajizil juga ingin mengetahui siapakah gerangan yang bikin hati Rita berbunga-bunga dan meminta Izreen Azminda selaku BFF segera menyiasat. Gituu
Komen-komen daripada peminat ada yang tidak sabar dan berharap Rita menemui pengganti bekas suaminya, Aidil Zafuan, namun ada juga yang menasihati Rita agar menumpukan perhatian dan kasih sayang terhadap dua anaknya berbanding soal cinta.-cari.my