Hanez Suraya Lahirkan Anak Perempuan

Alhamdulillah, saya bersyukur proses bersalin dipermudahkan. Saya selamat bersalin secara normal.

"Terima kasih kepada suami yang sentiasa berada di sisi sepanjang saya dalam bilik bersalin," katanya kepada Harian Metro.


Kuala Lumpur: Pelakon, Hanez Suraya, 30, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram, jam 9.48 malam tadi di hospital di sini.

Menurut pelakon drama Love You Mr Arrogant ini, dia menangis sejurus selamat bersalin dan melihat wajah anaknya.

"Saya tak tahu lagi berapa lama akan berada hospital. Apabila keluar hospital, saya akan berpantang di rumah kami di Shah Alam," katanya.

Tambah Hanez, nama anak sulungnya itu akan diberikan selepas tujuh hari kelahiran.

0 comment... add one now