PELAKON Kavita Kaur Sidhu mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka kelahiran Itali, bulan depan.
Menurut aktres berusia 44 tahun itu, kekasihnya, Roberto Guiati melamarnya Julai lalu ketika mereka bercuti di Phuket, Thailand.
Roberto, yang sudah sembilan tahun menetap di Malaysia bekerja dalam bidang pemasaran industri ‘oil and gas’.
Memetik laporan The Star, Kavita menyatakan mereka diperkenalkan lapan tahun lalu oleh seorang kawan.
“Kami bercinta sejak empat setengah tahun lalu. Saya tahu hidup ini penuh dengan risiko sebab itu saya sentiasa hati-hati mengenai hal perkahwinan kerana kita akan hidup bersama sehingga akhir hayat dengan individu tersebut,” katanya sambil mengakui, akhirnya bertemu dengan Mr. Right yang dinantikan selama ini.
Kavita dan Roberto merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 8 Januari ini.
Apa yang menarik dalam majlis itu nanti, Kavita yang pernah membintangi filem Waris Jari Hantu akan mengenakan gaun perkahwinan rekaannya sendiri.-myewshub