Siti Nordiana Duet Dengan Opick Di Istana Budaya

Itulah tuah buat pemenang Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana apabila dipilih untuk bergandingan dengan Opick untuk persembahan di Istana Budaya.

"Alhamdulilah dapat berduet dengan Opick merupakan salah satu impian Nana kerana Nana sangat meminati beliau. Lagu-lagunya Nana suka dan sentiasa jadikan sebagai inspirasi. Jika dapat lagu, Nana mahukan lagu seperti lagu beliau iaitu balada dan ketuhanan. Jadi Nana sangat bersyukur diberi peluang ini berduet dengan beliau.

"Ini adalah salah satu lagi pencapaian Nana selepas GV. Bukan mudah untuk dapat berduet dengan beliau kerana dia artis besar. Jadi dapat peluang ini, tidak akan Nana lepaskan,"ujarnya seperti dipetik dalam Media Hiburan.

Nana bakal bergandingan dengan penyanyi hebat Opick sempena Malam Kalimah Cinta yang akan diadakan pada 23 sehingga 25 Disember 2015.
Sumber:MediaHiburan

0 comment... add one now