Georgetown: Polis akan mendakwa lelaki 40 tahun yang memaki hamun dan membuat kecoh di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban, di sini, 26 November lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten, Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata lelaki terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret, Georgetown, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, esok.
Menurutnya, lelaki itu sudah ditahan untuk diambil keterangan namun dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kita sudah merujuk kesnya kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian bersetuju untuk mendakwa lelaki terbabit kerana kesalahannya itu," katanya ketika dihubungi.
Video lelaki itu yang memaki hamun Pegawai JPJ menjadi viral di laman sosial, sejak beberapa hari lalu.
KUALA LUMPUR, 30 Disember 2015: Video seorang lelaki yang berang dan bertindak memarahi anggota Jabatan Pengangkutan Jalan yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik tersebar di media sosial.
Video berdurasi 6 minit memaparkan, seorang lelaki meluahkan kemarahan di satu pejabat dipercayai pejabat JPJ dan mendakwa cubaannya menyambung cukai jalan yang tamat tempoh gagal.
Malah katanya, kegagalannya berbuat demikian adalah kerana kereta lama miliknya yang disita oleh JPJ pada 2001 masih digunakan sehingga ke hari ini menggunakan namanya.
Difahamkan, apabila kereta miliknya disita kerana masalah teknikal, rekod pemilikan kreta berkenaan sepatutnya dihapuskan dari sistem.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan mendakwa keretanya masih lagi digunakan oleh individu yang tidak dikenali.
Menurut video itu, selain menanggung kerugian RM78,000, lelaki berkenaan mendakwa dia terpaksa menjelaskan saman daripada kereta yang tidak dketahuinya.
Dia turut mendakwa apabila ditanya kepada pihak JPJ, mereka gagal memberi penjelasan yag munasabah dan menyatakan pihak JPJ tiada kuasa mengenai masalah itu.
Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan itu, lelaki itu kemudian bertindak merakam video berkenaan dan berkongsi pengalaman berjumpa dengan pihak JPJ.
Menurut video kedua, lelaki berkenaan mendakwa pengarah JPJ yang ditemuinya enggan membantunya menyelesaikan masalah itu dan memintanya agar tidak memperbesarkan isu itu.