Remaja Bersilat Maut Tersilap Tikam Depan Pengantin



LABUAN - Seorang remaja lelaki maut akibat tertikam dengan keris semasa membuat persembahan di rumah pengantin, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Patau itu, Mohd Amil Zulkarnain bin Jafar, yang juga ahli Silat Gayong Malaysia Cawangan Labuan (Gayong Serantau) maut setelah tertikam dengan keris.

Mangsa Kiri

"Saya dimaklumkan dan disahkan oleh guru latihnya, Cikgu Rosni, bahawa seorang murid Gayong Labuan meninggal dunia ketika membuat persembahan di kenduri kahwin petang tadi. Mangsa tertikam keris di rusuk pada buah terakhir," kata Makngah Perak.

0 comment... add one now