Seorang wanita dibogelkan dan diarak di atas keldai mengelilingi kampungnya di sini selepas dia dituduh membunuh anak saudaranya.
Polis berkata semalam, penduduk kampung turut menyapu abu pada muka wanita itu dan memotong rambutnya atas arahan jawatankuasa kampung.
Jurucakap polis Sudhir Joshi berkata, 39 orang, hampir semuanya anggota jawatankuasa kampung Thurval di daerah Rajssamand itu ditangkap berikutan kejadian berkenaan.
Mangsa yang berusia 40-an berada di rumahnya apabila penduduk kampung menyerbu dan mengheretnya keluar.
“Mereka memotong rambutnya, menyapu abu arang pada mukunya dan menanggalkan pakaiannya sehingga dia separuh bogel.
“Mereka kemudian menaikkannya ke atas keldai dan mengaraknya sekeliling kampung selama 10 minit,” kata Joshi.
Menurutnya, hukuman kejam itu dilakukan hanya kerana mereka mengesyaki dia yang membunuh anak saudaranya.
Wanita itu kini diserahkan kepada anggota keluarganya.
Kewujudan jawatankuasa kampung yang biasanya terdiri daripada penduduk yang sudah berusia adalah perkara biasa di beberapa bahagian di India.
Mereka yang dikenali sebagai ‘khap panchayats’ sering dikecam kerana mentadbir ‘ala Taliban.’
Hukuman yang dijatuhkan ke atas penduduk kampung biasanya tidak mengikut undang-undang dan dikecam aktivis hak asasi wanita.
September lalu, 13 lelaki dipenjara di Benggala Barat kerana merogol bergilir-gilir seorang wanita yang mereka tuduh memalukan kampung mereka.
Jawatankuasa berkenaan menjatuhkan hukuman ke atas wanita berusia 20 tahun itu selepas dia didapati bersalah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dari etnik berbeza.