Video buli yang tersebar turut mendapat respon dari artis wanita lemah-lembut Wardina Safiyyah.Wardina yang menulis pada fan page beliau menyalahkan filem gangster melayu yang menjadi punca semakin banyak kes buli.
Kata Wardina :
“Kepada pembuat filem gangster ambillah sedikit tanggungjawab kerana beri inspirasi anak anak Melayu untuk membuli dan bertindak ala gangster. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahu keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?”
“Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Fikirlah sikit kesan pada minda anak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada ‘pengajaran’ di hujung cerita?”
Wardina terus menulis dengan lanjut mengatakan anak anak muda mudah terpengaruh dengan aksi dan lakonan pelakon pujaan mereka dalam filem gangster dan akan mengambil peluang untuk beraksi seperti dalam filem jika punyai peluang, yakni membuli.
Datuk Rosyam Nor Tidak Setuju Kenyataan Wardina Safiyyah
Malaysian Digest mendapatkan kenyataan pelakon yang sinonim dengan filem gangster, Rosyam Nor tentang perkara ini dan beliau berkata perkara ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas bahu pembikin filem kerana ianya satu pengaruh individu.
“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor.
SUMBER MALAYSIAN DIGEST /Rotikaya

-Selain filem gangster melayu yang kurang ditapis,Gusti juga wwf juga patut di haramkan dikaca tv Malaysia.Dulu pernah mengharamkan tayangan video gusti di kaca tv.