Bermula 22 November 2014,,penguna tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan dipaksa mengunakan kad Plusmiles,Touch N Go dan Smart Tag.Tujuan penggunaan kad-kad elektronik ini adalah untuk melancarkan laluan trafik di kedua-dua tol ini kerana jalan selalu sesak.Langkah ini patut disambut baik semua pengguna kerana selepas pengguna membeli kad eletronik semestinya ia akan digunakan pula untuk tol-tol lain seluruh negara.Dan ia juga akan melancarkan trafik di tempat lain juga.
Sebagai insentif kepada pengguna yang membuat bayaran secara elektronik, Plus memberi rebat tol bermula 1 September hingga 31 Disember 2014 sebanyak 30 peratus untuk waktu bukan puncak antara 10 pagi dan 3.54 petang serta 10 malam hingga 5.59 pagi manakala, 10 peratus untuk waktu puncak antara 6 pagi hingga 9.59 pagi serta 4 petang hingga 9.59 malam setiap hari.
InfoLaju-Tapi bagaimana agaknya kalau seseorang yang tidak tahu mengenai perkara ini kerana datang dari tempat lain dan tidak membawa kad.Mungkin dia terpaksa membeli kad di kaunter khas agaknya..