Pelajar bersinglet hitam yang paling dicari orang ramai dan polis ketika ini mungkin akan terselamat kerana kes itu telah berlaku pada tahun 2011.Tiada laporan polis pada kesnya dan dia hanya dikenakan tindakan buang sekolah.
Berikut kenyataan dari Bukit Aman:
SUSPEK BULI BERSINGLET HITAM DIKENAL PASTI Kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun 2010.
Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama (bersinglet hitam) yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011 ekoran daripada pelbagai masalah displin. Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti.
Sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat berhubung kejadian tersebut.
Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas. Siasatan kes masih diteruskan.
ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT) IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN
ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT) IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN