Senarai Menu Masakan Paling Kejam Di Dunia

Manusia memang pelik dalam citarasa memilih makanan.Pelbagai resepi makanan dicipta hanya untuk memuaskan nafsu manusia yang tidak sama.Ada menu makanan yang kejam tidak berperikemanusiaan muncul dibeberapa negara.Dibawah ini adalah  antara menu masakan paling kejam :

Ikizukuri (Jepun)


Makanan istimewa dari Jepun yang menyajikan ikan segar di atas pinggan dalam keadaan hidup. Menu ini pernah jadi kontroversi kerana cara menyediakan itu dianggap terlalu kejam. Menu ini menyajikan ikan diatas pinggan dengan tubuh yang sudah dihiris nipis-nipis namun ikan tersebut  masih hidup. Menggeliat  berjuang untuk terus hidup di atas hidangan.

Ortolan (Perancis)



Nama menunya sesuai dengan sajian yang akan kalian dapatkan jika Anda memesan menu ini. Bahan sajian menu ini diperolehi dari burung Ortolan. Membuatnya cukup mudah, ketika burung ini hanya seberat 2 ons, kedua mata burung ini ditusuk dan diberi makan secara paksa sehingga berat badannya naik dua hingga empat kali ganda.




Selepas itu, burung tersebut dilemaskan hidup-hidup dalam Armagna (sejenis minuman keras). Burung yang sudah mati kemudiannya dipanggang selama 6-8 minit sebelum dijadikan santapan.

Foie Gras (Perancis)



Menu yang ini lebih sadis lagi, dibuat daripada hati angsa ataupun itik. Untuk menyediakan hidangan ini, itik/angsa terlebih dahulu dikurung tempat paling sempit.




Apabila umur itik/angsa telah cukup matang, diberi makan dengan cara memaksa itik/angsa ini menelan jagung yang berlemak hingga hati (liver) haiwan-haiwan ini mengembang 6 kali ganda lebih besar. Setelah itu, barulah hati itik/angsa ini di hidangkan ke meja pelanggan.

Dojo Tofu (Jepun)


Cara memasaknya cukup mudah, rebus air hingga mendidih, masukan tofu hingga tenggelam ke dalam dasar baldi dan masukkan belut-belut kecil yang masih hidup di dalamnya. Belut-belut ini akan berebut untuk masuk ke dalam tofu yang sejuk kerana tidak tahan dengan air yang mendidih.

Hasilnya, sajian ini akan berbentuk seperti keju Swiss yang berlubang-lubang yang terbentuk kerana perjuangan belut-belut kecil yang meronta-ronta menghindari kepanasan air yang mendidih.

Feng Gan Ji (Tibet/China)


Menu masakan yang ini hanya memerlukan ayam segar dan pisau yang sangat tajam serta seorang tukang masak berhati kejam. Persiapan untuk menu ini adalah siapkan ayam yang sudah dibelah perutnya hidup-hidup, lalu keluarkan isi perutnya dan digantikan dengan beberapa ramuan herba sebagai penyedap. Setelah itu, perut ayam dijahit semula dan digantung begitu saja di bawah terik matahari sehingga kering.

Huo Jia Lu (China)




Menu makanan ini adalah haiwan yang paling bodoh kepada manusia, keldai. Daging keldai memang sudah biasa menjadi santapan. Namun untuk menyajikan menu ini, menurut panduan memasak kuno dari China, supaya lebih sedap, daging keldai perlu dipotong dalam keadaan hidup, dimasak dan terus disajikan kepada para pelanggan.

Jiao Lu Rou (China)



Hampir sama seperti menu diatas, masakan ini menggunakan bahan yang sama iaitu daging keldai, namun berbeza cara penyajiannya. Keldai akan dikuliti hidup-hidup dan disiram dengan air mendidih pada dagingnya terus-menerus hingga masak. Daging keldai yang telah siap kemudian dipotong untuk segera disajikan.

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.