Rayuan Liwat Anwar Di Mahkamah Telah Tamat Dan Keputusan

Wayang apa lagi yang berlaku selepas ini

Prosiding pada hari yang kelapan ini telah bermula pada jam 3.14 petang dan berakhir pada jam 3.48 petang.

..... Setibanya di perkarangan Mahkamah Persekutuan, Anwar bersalaman dengan penyokongnya sebelum masuk ke mahkamah.

Rayuan kes sabitan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan yang masuk hari kelapan hari ini menjadi pendengaran rayuan paling lama di Malaysia.

Peguam Ram Karpal, yang merupakan salah seorang anggota barisan pembelaan Anwar berkata beliau merasakan bahawa kes ini, yang pada awalnya ditetapkan untuk pendengaran pada 28 dan 29 Oktober merupakan salah satu kes rayuan paling lama.

“Saya pernah menangani banyak kes tetapi tidak boleh ingat kes yang lebih lama daripada ini,” katanya.

Ini merupakan usaha terakhir Anwar untuk mengenepikan sabitan kes meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas sabitan kes tersebut.

Peguam kanan, yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Gopal Sri Ram dijangka akan mengambil masa 15 minit untuk menamatkan penghujahannya dan juga rayuan pihak pembelaan.

Peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pula memaklumkan panel hakim semalam bahawa beliau memerlukan masa 10 minit untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Gopal.

Persoalan utama hari ini: Adakah panel Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes tersebut hari ini selepas mendengar penghujahan.

Difahamkan, Hakim Ariffin akan berada di luar negara pada minggu depan manakala anggota panel lain juga akan bercuti.

3.14pm: Persidangan mahkamah bermula. Gopal mengemukakan hujahan mengenai kewibawaan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid kerana memberi keterangan tidak konsisten.

3.20pm: Gopal mempertahankan keterangan Dr Osman yang konsisten dengan kenyataan kepada polis dan tidak perlu dicabar. Ini menunjukkan Dr Osman jujur dan berwibawa, katanya.

3.23pm: Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata Saiful perlu dianggap sebagai individu yang bersubahat. Katanya, melihat kepada bahasa yang digunakan ke atas Anwar, serta keadaan kes tersebut, elemen motif dan tuduhan berkenaan boleh dipatahkan dengan mudah. "Saiful sememangnya seorang saksi yang mana keterangannya perlu ditahkik. "Sekiranya ada keraguan serius jika kesalahan itu berlaku, beliau adalah individu dengan kewibawaan yang disangsikan. “Sekiranya tiada kewibawaan, pentahkikan tidak lagi relevan,” katanya.

3.30pm : Turut hadir di mahkamah ialah bekas presiden ABIM yang pertama, Dr Razali Nawawi yang juga rakan karib Anwar. Gopal berkata, hakim perbicaraan tidak perlu membuat pentahkikan kerana hakim itu sendiri terpesong kerana tidak menilai keterangan Saiful. Sri Ram berkata, gambar menunjukkan Saiful menghidangkan teh perlu diterima kerana fotograf dalam teknologi masa kini boleh dirakam tanpa menggunakan negatif. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengecam dirinya dalam gambar tersebut, keterangan berkenaan perlu diterima. "Tidak perlu dipanggil pembuat (gambar),” kata Gopal. Katanya, kehadiran Saiful untuk menghidang teh di situ juga menimbulkan persoalan ke atas keterangan (tanpa kerelaan).

3.38pm: Gopal berkata Shafee mengkritik Anwar kerana menyifatkan kes tersebut sebagai satu konspirasi. Katanya, perkara itu sepatutnya dimaafkan kerana Anwar didakwa dengan tuduhan sama bersama seorang individu yang mengemukakan keterangan meragukan pada 1998. Anwar hanya dibebaskan di Mahkamah Persekutuan pada 2004 dengan penghakiman majoriti 2-1. Namun, Anwar kemudiannya didakwa sekali lagi dengan kesalahan sama, dengan individu berbeza. Katanya, Anwar diserang oleh pendakwaan berdasarkan keterangan seorang saksi yang tidak dapat dipertahankan. Gopal mengucap terima kasih kepada anggota panel dan menamatkan penghujahannya.

3.45pm: Shafee mempersoalkan takrif "tanpa kerelaan". Katanya, pendakwaan memberikan 14 ikatan dokumen kepada para hakim namun Hakim Suriyadi berkata mereka hanya menerima 13 ikatan

3.48: Hakim Ariffin berkata keputusan rayuan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.


Perbicaraan selesai. 

Hakim minta tangguh untuk buat keputusan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Rakyat mula berkumpul dengan laungan Reformasi!

0 comment... add one now