Di rumah kami hanya menonton saluran sukan, rancangan memasak dan kartun. Jika kenaikan harga ini berlaku kerana penambahan saluran HD “percuma” yang tidak kami tonton kami rasakan adalah harga baru ini adalah tidak wajar. Sudah tiba masanya pihak berkuasa lebih tegas dengan pihak Astro dalam berkaitan kenaikkan harga.Ketiadaan pesaing membuatkan mereka memonopoli pasaran dengan selesa. Jun lalu siaran
Piala Dunia 2014 pada saluran TV tempatan dilarang dari disiarkan kepada pelanggan HyppTV. Ini adalah kerana mereka pemegang hak penyiaran tunggal di Malaysia. Buat masa ini kami masih mampu membayar pakej yang dilanggan.
Tetapi jika kenaikan harga tahunan berlaku, kami nekad akan menghentikan langganan selepas tamat tempoh kontrak. Tidak perlu mengeluh lagi akibat harga naik dan umum diketahui menonton Liga Perdana Inggeris bukanlah keperluan hidup seorang manusia.
Sumber berita @afiqhanif
Sumber berita @afiqhanif