Sinar Harian sekali lagi kantoi melaporkan maklumat salah.Kali ini juga mengenai hantu.Seorang pengguna facebook mengatakan gambar pocong yang tengah rileks di atas kerusi adalah kejadian prank yang pernah berlaku di hospital Labuan.Pocong sekarang dah penat melompat agaknya,sebab tu la dia duduk berehat.
Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.
Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.
“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya.
InfoLaju: Zaman ada handpone ni,hantu-hantu dah takde privacy,asyik kena rakam masuk paper je.