Pitbull Bakal Berduet Dengan AC Mizal

Saya gembira apabila dimaklum Sony Music Malaysia mengenai Pitbull sudah tahu tentang hasrat saya yang mahu berkolaborasi dengannya. Namun, saya perlu penuhi syarat yang diberikan iaitu single saya perlu mencecah 1 juta download," katanya ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk perlansingan, L'Rose, petang tadi.
Penyanyi merangkap pengacara terkenal, Datuk AC Mizal perlu mencapai sasaran 1 juta muat turun untuk single terbarunya sebagai syarat jika mahu berduet dengan penyanyi antarabangsa, Pitbull.

Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, penyanyi yang terkenal dengan jolokan 'Mr. Worldwide' itu sudah pun dimaklumkan tentang hal tersebut dan Pitbull menyambut baik hasratnya itu hanya dengan satu syarat dipenuhi.

Dalam usaha memenuhi syarat Pitbull itu, AC sedang giat menjalankan promosi menerusi single bersama personaliti popular Indonesia Luna Maya, berjudul 'Paranoid'.

Bercerita lanjut sambutan pendengar terhadap single itu, AC menyatakan ia suatu yang positif.

"Alhamdulillah, sambutan lagu Paranoid sangat baik. Saya difahamkan setakat ini sudah mencecah ratusan ribu (download). Saya yakin sebelum hujung tahun ini saya dapat capai 1 juta dowlnoad.

"Lagipun pada penghujung November ini saya akan ke Indonesia untuk mempromosikan lagu tersebut. Saya kira ini peluang baik kerana dengan kolaborasi saya bersama Luna Maya, penerimaan peminat di sana terhadap lagu itu lebih mudah.

"Kalau sambutannya baik ia tak mustahil untuk saya meraih lagi beberapa ratusan ribu download lagi sekaligus saya boleh memenuhi syarat dari Pitbull", katanya.

AC berkata, projek kolaborasi berkenaan bakal menjadi realiti yang dijangka pada 2015.

Dalam pada itu, AC juga memberitahu beliau sedang dalam perancangan melancarkan single terbaru selepas Paranoid diperdengarkan kepada peminat pada September lalu.

Tambah mengujakan untuk single tersebut beliau akan berkerjasama dengan komposer terkenal dari Sweden yang dikenali sebagai Hayden.

"Disamping saya berusaha memenuhi syarat Pitbull, saya juga dalam perancangan mengeluarkan single terbaru. Seorang DJ dari Sweden, Hayden berminat untuk bekerjasama dengan saya ", katanya.

AC berkata, beliau bersyukur apabila selepas 22 tahun berada dalam industri seni tempatan rezeki yang diterima masih tidak putus.

Minta Layanan Kelas A?
Menjawab dakwaan AC mula bersikap demand apabila meminta layanan kelas A sehingga membuatkan sesetengah pihak berasa kurang senang, beliau menyatakan ia tidak benar.

Katanya, sehingga kini beliau tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.

Pengacara program komedi popular, Maharaja Lawak Mega ini mengakui beliau seorang yang pentingkan kesempurnaan sewaktu bekerja.

"Hal itu tak wujud. Saya tidak pernah meminta mana-mana pihak memberi saya layanan kelas A. Tapi jika dalam bekerja memang saya seorang yang sangat teliti dan cerewet kerana saya tahu apa yang saya mahukan.

"Saya pernah rasa susah dapat tawaran kerja. Malah, saya pernah rasa susah untuk orang percaya saya mengendalikan satu program.

"Namun, apabila saya mempunyai peluang mengendalikan program sendiri, saya mahu pastikan semuanya sempurna dan saya mesti tahu siapa yang akan ditemuramah, kerana jika tidak apabila rating tidak bagus, saya juga akan dipersalahkan", jelasnya.-MalaysianDigest

0 comment... add one now