Pelik Ikan Ditelan Hidup Dalam Paru-Paru

Seorang kanak-kanak melakukan aksi bergurau yang merbahaya apabila menelan seekor ikan hidup sepanjang 9 sentimeter di tepi sungai ketika bermain dengan rakannya.

Setelah menelan ikan hidup itu, Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darah kanak-kanak itu juga semakin menurun.

Laporan salah sebuah media menyatakan, seakan jadi trend cabar-mencabar kanak-kanak India menelan ikan hidup ketika bermain. Namun kes yang terjadi pada Anil tersangat pelik kerana ia masuk ke dalam paru-paru.

Doktor berusaha melakukan pembedahan mengeluarkan ikan tersebut. Mereka mendakwa ikan itu hidup di dalam paru paru Anil.

0 comment... add one now