Pelik DNA Doktor Pun Ada Pada Dubur Saiful

Pelik DNA Doktor Pun Ada Pada Dubur Saiful-Dr Osman telah melakukan pemeriksaan pada bahagian sulit Saiful tanpa memakai sarung tangan.Doktor apa macam ni?Takkan dia tak faham prosedur?Atau mungkinkah dia pun ikut liwat Saiful hingga sampel tercemar..LOL



Baca laporan MKINI ;

12.07pm: Dalam hujahan mengenai seluar dalam Saiful, yang digunakan semasa pengadu pergi ke HKL, Shafee berkenaan bukti berkenaan bukanlah perkara yang mustahil.

Kesan mani didakwa milik Anwar ditemui di seluar dalam terbabit.

Katanya, perkara itu dipersoalkan oleh pembelaan, dan seterusnya menjelaskan bahawa ia mungkin berlaku kesan daripada Dr Osman yang memasukkan protoskop untuk memeriksa dubur Saiful.

Katanya,, ia mungkin cairan yang diambil daripada Saiful oleh doktor HKL, kata pendakwa itu lagi.

11.50am: Beliau seterusnya membincangkan mengenai gambar yang diambil daripada lokap Anwar, yang menunjukkan ubat gigi, berus gigi dan juga tuala yang sudah digunakan.

Katanya, rumusan boleh dibuat bahawa Anwar membuka bungkusan barangan berkenaan, yang diserahkan kepada polis.

Shafee berkata allele 18 yang ditemui di kawasan peri-anal mungkin berasal daripada Dr Osman.

"Allele 18 hanya muncul sekali dan apa yang PW6 katanya bahawa ia adalah permulaan. Permulaan adalah bacaan yang salah,” katanya.

11.40am: ‎Dalam hujahnya mengenai allele 18, Shafee berkata Saiful periksa oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan tiada bukti bahawa protoskop yang digunakan itu telah disteril.

"Tiada bukti sama ada Dr Osman memakai sarung tangan memandangkan beliau memeriksa keseluruhan dubur Saiful.

“Ada kemungkinan bahawa DNA Osman tertinggal pada Saiful,” katanya.

Shafee berkata ini mungkin menjelaskan mengenai pencemaran sampel.

0 comment... add one now