Pelajar Tingkatatan 3 Mengandung Kerana Kawan Facebook-Mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang juga seorang penganggur di rumah keluarga lelaki itu di Kuala Pilah antara 6 Jun hingga 15 Oktober lalu selepas dipaksa oleh ibunya.
(gambar hiasan)
Malah, remaja berusia 15 tahun dan masih bersekolah itu juga sanggup melakukan hubungan seks dengan kenalan lelakinya berusia 16 tahun yang dikenali menerusi laman sosial Facebook sejak beberapa tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Azmi Abdul Rahim berkata, bagaimanapun, perbuatannya terbongkar selepas ibunya mula mengesyaki perubahan sikap anaknya yang ketara kerana tidak datang haid.
"Mangsa telah menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Mid Velly, Kuala Lumpur ke Seremban, jam 5 petang pada 6 Jun lalu dan bertemu teman lelakinya di Terminal One sebelum tinggal dalam sebuah bilik di rumah lelaki berkenaan tanpa diketahui oleh keluarga suspek.
Menurut Azmi, suspek tinggal bersama ayah serta adik-beradik lain, manakala ibunya bekerja sebagai jururawat di sebuah negara di Asia Barat.
"Mangsa turut mengaku melakukan hubungan seks sebanyak empat kali sejak tinggal bersama suspek selama empat hari,” katanya di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, semalam.
Tambah Azmi, mangsa kemudian menaiki bas dari Kuala Pilah ke Seremban sambil ditemani suspek sebelum balik ke Puchong, pada 10 Jun lepas.
"Setibanya di rumah, mangsa dimarahi ibunya kerana keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga.
"Malah mangsa diberi amaran akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyebabkan mangsa berubah sikap menjadi pendiam dan selalu mengurung diri di dalam bilik,” katanya.
Bagaimanapun kata Azmi, mangsa masih lagi menghubungi suspek melalui telefon dan Facebook.
“Sehinggalah pada 15 Oktober lepas, mangsa sekali lagi membuat keputusan untuk pergi ke rumah suspek.
“Sepanjang tiga hari berada di sana, mangsa telah melakukan hubungan seks sebanyak dua kali tanpa pengetahuan keluarga suspek.
“Namun, pada 17 Oktober lalu, perbuatan kedua-dua remaja ini diketahui oleh bapa suspek. Pada awalnya,mereka enggan memberitahu rumah mangsa sehinggalah bapa suspek terpaksa membawa mereka ke Balai Polis Melang untuk menghubungi keluarga mangsa.
Kata Azmi, mangsa telah dibawa pulang ke rumahnya pada hari yang sama dan menceritakan semua kejadian kepada keluarga," katanya.
Tambah Azmi, satu laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa di IPD Kuala Pilah pada 26 Oktober lepas.
“Suspek ditahan pada 28 Oktober di rumahnya, jam 6.30 petang dan direman sehingga hari ini,” katanya.