Panduan 31 Soalan Dan Jawapan Temuduga Kerajaan

Kepada calon-calon yang bakal menghadiri temuduga untuk berkerja dengan kerajaan memang berdebar-debar.Pada yang pertama kali menghadiri temuduga memang akan menghadapi sedikit masaalah kerana tiada pengalaman.Bagaimanapun dibawah ini disediakan panduan 31 soalan yang biasa disoal atau perlu diisi dalam borang temuduga.

1. Sila perkenalkan diri anda dan ceritakan serba sedikit latar belakang anda.

Ini biasanya soalan pertama yang ditanya oleh penemuduga sebaik sahaja anda duduk.

Sebenarnya soalan ini ditanya kerana beberapa tujuan iaitu:
Untuk menenangkan anda ( siapa yang tidak berasa gementar semasa di temuduga bukan?)
Melihat sikap ramah mesra anda.
Mengesan masalah dalam diri anda.

Jangan ambil ringan semasa menjawab soalan ini kerana pandangan pertama (first impression) penemuduga terhadap anda amat penting.

Tips : Pastikan jawapan anda pendek dan ringkas (sekitar 2-3 minit sahaja)

Ceritakan secara ringkas (sebaiknya dalam bahasa inggeris):
Nama penuh anda.
Asal dan tempat menetap sekarang.
Ceritakan perihal keluarga (perkerjaan ayah dan ibu,bilangan adik beradik etc).
Latar belakang akademik anda ( keputusan peperiksaan sekolah dan universiti).
Latar belakang Kepimpinan semasa di sekolah dan di universiti.
Ceritakan nilai-nilai murni yang terdapat didalam diri anda.
Ceritakan harapan dan keinginan anda untuk menjawat jawatan yang dipohon.

2.Kenapa anda yang harus kami pilih?Apakah kelebihan anda?

Soalan ini kelihatan mudah namun sebenarnya agak sukar untuk menjawabnya.

Tidak percaya?

Cuba anda jawab soalan ini.Seolah-olah seperti masuk ” bakul angkat sendiri” bukan?

Tips : Kaitkan kelebihan yang anda ada dengan skop tugasan jawatan yang bakal dipegang.

Contoh jawapan:
Saya mempunyai kebijaksaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali dan menyelesaikan masalah yang sukar.
Saya juga memiliki tahap keyakinan yang jitu serta berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dan mapu menerima maklumat dan sebarang tiugasan dengan baik.
Saya mampu berkerja sebagai satu pasukan dan mampu menyokong ahli-ahli pasukan untuk mencapai misi dan visi syarikat.
Saya juga seorang yang bijak menggunakna masa dan menguruskan urusan secara teratur.
Akhir sekali,saya juga adalah seorang pekerja yang berdedikasi dan dan memliki keinginan yang mebara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh syarikat/agensi/kemnterian ini.
Justeru itu saya yakin saya adalah calon yang terbaik utk memegang jawatan ini.

3.Apakah kelemahan anda yang perlu kami ketahui?

Soalan ini agak “tricky”.

Secra logiknya takkan anda ingin memberitahu kelemahan diri.

Namun jika mengatakan diri anda tiada kelemahan maka anda akan di anggap sebagai seorang yang kurang jujur. (Nobody perfect,is it?)

Tips : Topengkan kekuatan sebagai kelemahan.

Sebagai contoh..
Sebagai manusia biasa,saya juga mempunya kelemahan namun ia tidaklah seteruk yang disangkakan.
Saya seorang yang tegas,saya inginkan ia sempurna dan menetapi masa.Mungkin akan ada yang tertekan denga sikap saya namun saya yakin ia bermanfaat untuk kemajuan syarikat/jabatan.
Saya juga seorang yang cerewet.Maksud saya,saya cerewet dan teliti dengan buti-butir projek.Saya tidak akan terima dan mulakan sesuatu projek melainkan saya tahu secara detail tentang projek tersebut.

Anda juga boleh beritahu kelemahan yang lalu yang telah berjaya anda perbaiki dan atasi.

4.Mengapa anda berminat berkerja dengan kerajaan?

Penemuduga ingin melihat sejauh mana anda mengetahui tentang budaya berkerja dalam sektor awam.

Contoh jawapan:
Berjaya menempatkan diri didalam sektor kerajaan merupakan satu kebanggaan bagi diri saya kerana secara langsung saya dapat berbakti kepada negara yang say cintai.
Bidang pekerjaan di sektr awam juga merupakan minat dan cita-cita say sjak di universiti lagi ditambah pula kedua orang tua saya merupakan penjawat awam yang sudah berbakti sejak 30 tahun yang lalu.
Selain itu,saya ingin membalas jasa kerajaan yang telah memberikan saya bantuan dan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi sebelum ini.
Dan tidak dapat dinafikan juga berkerja di sektor awam mebeikan saya jaminan masa depan buat saya dan keluarga.
Risiko untuk kehilangan kerja amatlah rendah berbading berkerja di sektro swasta ditambah pula dengan krisi ekonomi yang sedang melanda kini.
Disamping itu,terdapat banyak faedah-faedah tambah seperti cuti tahuna,cuti bersalinan,KWSP,kemudahan melakukan pinjaman bank dan sebagainya.

5.Mengapakah anda meninggalkan pekerjaan terakhir anda?

Sudah pasti tedapat pelbagai sebab (khasnya sebab yang kurang baik) mengapa anda meninggalkan pekerjaan lama.

Namun,cuba seboleh yang mungkin memberikan jawapan yang positif untuk soalan ini.

Tips : Jangan sekali-kali menceritakan keburukan majikan lama anda ketika temuduga.

Terangkan tentang matlamat kerjaya anda (matlamat jangka panjang dan pendek) dan bagaimana pekerjaan yang anda sedang pohon meneyediakn persekitaran yang lebih untuk kemajuan karier anda.

Dan nyatakan juga terdapat banyak sudut positf dari pekerjaan lama anda yang anda boleh aplikasikan dalam jawatan yang anda pohon.

Disini penemuduga cuba untuk menilai komitmen yang anda bakal beri kepada pekerjaan baru dengan menilai sikap anda terhadap majikan lama.


Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Jawatan Yang Dipohon





6.Setakat yang anda maklum,apakah tugas yang bakal anda pikul?

Untuk menjawab soalan ini anda perlu arif dengan deskripsi tugas yang and pohon.

Jawapan anda mencerminkan kesungguhan anda untuk memkul jawatan tersebut.

Untuk jawatan dalam SPA,sila rujuk bahagian deskripsi tugasan di dalam laman web rasmi SPA:

Deskripsi Tugas Jawatan Dalam SPA

7.Apakah yang anda pelajari di universiti dan kaitannya dengan tugas jawatan…?

8.Soalan berkaitan peranan jabatan dan kementerian.

Bergantung kepada jawatan yang anda pohon.

Skop soalan:
Huraikan fungsi jabatan dan kementerian……?
Apakah yang anda faham tentang peranan kementerian berkenaan?
Senaraikan piagam pelanggan kementerian/jabatan…….

9.Soalan berkaitan perkhidmatan awam.
Apakah peranan yang dimainkan oleh SPA? Sila rujuk sini untuk Latar Belakang SPA
Apakah cabaran yang sedang dihadapi oleh sektor awam malaysia.
Bagaimanakah untuk menangani gejala rasuah yang menular di dalam sektor awam.


Contoh Soalan Temduga Berkaitan Kenegaraan & Dasar Kerajaan



Tips :Sila beri jawapan yang mununjukkan anda menyokong dasar kerajaan .

10.Kerajaan memperkenalkan konsep KPI.Apakah KPI dan fungsinya?

Sila Rujuk SINI dan SINI untk maklumat berkaitan KPI

11.Selain KPI,apakah langkah tambahan yang membolehkan majikan menilai serta mengukur kemampuan seorang pekerja.

12.Apakah yang anda faham tentang konsep 1 Malaysia.Apakah pendapat anda tentang konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri ini.

Rujukan untuk Konsep 1 Malaysia

13.Apakah tema bajet tahun ini .Nyatakan intipati penting di dalam bajet yang dibentangkan (terutamanya melibatkan kementerian yang anda pohon)

Rujukan untuk Bajet 2015

14.Senaraikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

15.Apakah yang anda faham tentang GST.Bagaimanaa ia dapat membantu dalam pengurusan negara.

Rujukan untuk GST

16.Huraikan dengan ringkas maksud dan peranan GTP yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Rujukan untuk GTP



17.Senarai perdana menteri dan peranan utama yang telah dimainkan oleh mereka.

18.Nama menteri dan timbalan manteri serta carata organisasi kementerian . (jawatan didalam kementerian yang dipohon)

19.Apakah visi dan misi kementerian ……?

20.Apakah kempen-kempen yang telah dianjurkan okeh kementerian ……?

21.Huraikan tentang Rukun Negara
Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Isu Semasa (Dalam & Luar Negara)



Contoh Isu Semasa Dalam Negara

22.Jelaskan konflik yang berlaku di Lahad Datu.

23.Apakah keputusan yang berlaku di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13?

24.Apakah yang anda faham tentang tragedi malang yang menimpa MH370 dan MH17?

25.Apakah isu perkauman yang hangat dibangkitkan dewasa ini?

26.Apakah tema hari kemerdekaan tahun ini?

Contoh Isu Semasa Luar Negara

27.Krisi yang berlaku di antara Ukraine dan Russia.

28.Usaha menuntut kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom.

29.Krisi yang berlaku di Syria? Peranan ISIS dalam isu Syria.

30.Campurtangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.
Soalan Penutup

31.Adakah anda mempunyai sebarang persoalan yang ingin ditanyakan kepada saya?

Ini merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh penemuduga sebelum mengakhiri sesi temuduga dengan anda.

Dan ini juga merupan peluang anda untuk mengkhiri sesi temuduga anda dengan cemerlang.

Salah satu jawapan terbaik adalah dengan bertanyakan peluang anda untuk menjawat jawatan yang dipohon.

Selain itu ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga kerana memberi anda peluang dan lahirkan keterujaan anda untuk menjawat jawatan berkenaan sekiranya dipilih.-sumber
-Semoga anda semua akan berjaya dalam proses temuduga.Sekiranya anda tidak berjaya,jangan berputus asa,anggaplah tiada rezeki anda disitu kerana tuhan berikan anda rezeki lebih baik ditempat lain.Jangan rasa buang masa sebaiknya teruskan berusaha ..

0 comment... add one now