Luahan Anak Anwar Ibrahim Isu Liwat-Hati anak mana yang tidak sedih apabila kehilangan kasih sayang ayah ketika masih kecil.Apatah lagi bila diketahui ayah kesayangan dianiaya orang.Nurul Iman pernah terpisah tanpa rela ketika berumur 6 tahun.Kini sekali lagi dia terpaksa menghadapi detik sedih ini.
Hukuman penjara ke atas bapanya selama enam tahun sebelum ini sejak 1998 jelas merupakan penderitaan yang terpaksa ditelan oleh keluarganya hanya kerana menjadi mangsa kezaliman Umno BN, katanya lagi.
Jelasnya lagi, beliau serta keluarga akan menyerahkan segalanya kepada Allah untuk menentukan nasib yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi terhadap Anwar berhubung kes Fitnah 2.
“Saya dah tua untuk rasa kehilangan bapa sekali lagi sejak saya berumur lapan tahun lagi.
“Tapi saya percaya dengan kuasa Allah, Dia akan memberi kekuatan kepada kami dan akan selamatkan ayah saya,” katanya lagi,” katanya ringkas melalui WhatsApp kepada Suara Keadilan.
“Setakat ini bukti-bukti semua nampaknya lebih kuat di sebelah ayah saya, tidak ada masalah di situ.
“Tapi saya risau jika sistem kehakiman tidak berlaku adil terhadapnya,” jelasnya lagi.
Sabarlah Nurul Iman.. setiap sesuatu ada balasannya,berdoa sajalah.