Lawak Menteri Tukar Nombor Plat Selepas Jadi Isu

Kalau anda perasan ketika di highway dan melalui Putrajaya,banyak kereta-kereta mewah bercermin gelap dah guna plat biasa-biasa je.Kalau dulu ada bermacam-macam jenis.Lawak apa kah ini,selepas jadi isu semua pun takut kena troll agaknya.


Selepas dikritik hebat kerana menggunakan nombor plat kenderaan yang tidak menepati spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang Menteri bertindak pantas menukar nombor plat yang mengikut peraturan jabatan itu.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, kenderaan jenis Toyota Alphard milik Menteri itu di lobi Parlimen pada pukul 6 petang tadi telah ditukar kepada huruf yang standard dan menepati spesifikasi JPJ.

Manakala sebuah lagi kenderaan rasmi milik seorang Timbalan Menteri yang mana platnya dilaporkan media tidak menepati spesifikasi JPJ, masih belum ditukar.

Sebelum ini Ahli Parlimen Segambut mendedahkan kepada media gambar kenderaan Menteri itu yang mana plat kenderaannya sukar dibaca berikutan jarak antara nombor yang terlalu rapat.- MalaysiaGazette

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.