Lampu biasanya dijana tenaga dengan elektrik ataupun minyak tanah.Lampu akan terpadam apabila sumber tenaganya habis.Kejadian pelik dijumpai apabila ahli arkeologi menjumpai lampu yang telah hidup selama 1500 tahun.Saintis dari Australia,Robbert Briggen menyifatkan manusia zaman prasejarah lebih maju pengetahuan kerana memiliki lampu yang kekal bertahan lama.
Kejadian pelik ini dijumpai pada bulan April 1485,dimana mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika ahli arkeologi memasuki tempat ia dikebumikan, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.
Timbul persoalan, bagaimana nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.
Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.
Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?