Kelab Pecah Dara Di IPT

Kelab Pecah Dara Di IPT-Kelab pecah dara ini dianggotai oleh  mereka yang tiada dara sahaja.Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
(gambar hiasan)
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Tidak kisah la agama mana sekalipun, rasanya masing-masing melarang pergaulan dan amalan seks bebas sebegini. Kepada ibu bapa, pantau dan awasilah pergerakan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. - Hambali Abdullah

0 comment... add one now