Kekasih Baru Erra Fazira Usahawan Jutawan -BARU-BARU ini, sedang Diva memanjakan diri dengan mandian jakuzi sambil menikmati jus oren, telefon bimbit Diva berdering. Diva biarkan sahaja panggilan tersebut kerana ia menganggu keasyikan tubuh Diva yang sedang dibelai dan diurut oleh air dalam jakuzi itu.
BACA :
Telefon bimbit Diva berdering buat kali kedua. Dengan berat hati, Diva terpaksa melangkah mencapai telefon yang terletak di meja solek. Tertera di talian nama teman gosip Diva, Miss Zara.
Kalau Miss Zara yang telefon, Diva tahu mesti ada gosip hangat yang ingin disampaikan wanita itu kepada Diva. Masakan tidak, Miss Zara ini memang sering berkawan dan dikelilingi dengan golongan sosialit (masyarakat golongan atasan).
Lantas, dengan segera Diva mencapai tuala dan melabuhkan badan Diva di atas katil untuk mendengar dengan jelas butir-butir bicara Miss Zara.
Dalam diam-diam rupa-rupanya aktres jelita, Erra Fazira sudah menemui pengganti Engku Emran. Bagaimanapun, lelaki yang bertakhta di hati aktres jelita itu bukanlah bekas Akademi Fantasi musim kelapan, Shahir.
Sebaliknya, Erra dikatakan sedang menyulam cinta dengan seorang lelaki sosialit.
Bertuahnya Erra. Dalam usianya sudah mencapai 40 tahun, aktres yang kekal jelita dan langsing itu cukup mudah mencari pengganti. Bukan calang-calang tetapi penggantinya seorang usahawan berjaya. Diva yang dengar terus gigit tuala memendam rasa. Diva sebenarnya gembira Erra sudah temui pengganti. Ialah, bekas suaminya, Engku Emran juga sudah mempunyai kekasih dikenali sebagai Adeena Richardson.-Sumber: Diva di Kosmo!