Pemeriksaan perubatan mendapati wujud beberapa kecederaan antaranya kesan lebam di bahagian peha kiri selain tanda-tanda mangsa dicabull. Berikutan itu, laporan polis dibuat dan bapa kanak-kanak itu ditahan," katanya kepada pemberita.
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai mendera dan mencabull anak perempuannya berusia sembilan tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR Sungai Besi) di sini, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek berusia 41 ditahan selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sedangkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
"Lelaki itu mendakwa anaknya telah hilang dan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas kira-kira pukul 11.30 pagi bersama jirannya sebelum membuat laporan polis pada Ahad lepas.
"Siasatan awal mendapati anaknya telah dihantar ke hospital itu Khamis lepas oleh jirannya selepas mengesyaki mangsa telah didera.
Khairi berkata, suspek ditahan reman selama lima hari dan kes telah disiasat berdasarkan peruntukkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (penderaan ke atas kanak-kanak) dan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabull).
Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang jiran akhirnya berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari terus menjadi mangsa cabull dan penderaan fizikal oleh bapa kandungnya sendiri.
Mangsa yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Besi di sini, dikatakan dijadikan 'hamba s#ks' oleh bapa kandung sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun beberapa jiran yang prihatin bertindak 'melarikan' mangsa dari rumah didiami sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
Sumber berkata, mangsa didera itu sering mengadu tindakan kejam bapa selain kesan luka dialami kepada anak jiran berhampiran.
"Rakan mangsa pada mulanya takut untuk memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa. Bagaimanapun kanak-kanak berusia 13 tahun itu akhirnya memberitahu ibunya mengenai nasib dialami mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya