Mark Zuckerberg merupakan salah seorang antara manusia paling kaya di dunia.Cara bersederhana dia telah menimbulkan perasaan hairan dan persoalan kepada peminat.Gaya orang kaya biasanya bermewah-mewah dengan harta yang ada.Tapi tidak bagi pengasas facebook yang berumur 30 tahun ini.Dia hanya mengenakan baju kelabu yang biasa dipakai setiap hari.
Zuckerberg tidak mahu membazir masa memikirkan mengenai baju yang hendak dipakai setiap hari.
Dalam sesi soal jawab melalui Facebook, Zuckerberg berkata, memilih baju atau pakaian setiap pagi hanya membuang masa atau tidak berfaedah kepadanya.
Justeru, kata Zuckerberg, dia lebih gemar mengenakan kemeja T kelabu setiap hari dan memanfaatkan masa yang biasanya digunakan orang lain untuk memilih pakaian dengan aktiviti lebih berfaedah.
Tetapi anda jangan risau. Saya tidak mengenakan kemeja T yang sama setiap hari kerana saya ada koleksi baju seperti itu yang banyak,” katanya.
Menurut Zuckerberg, dia mahu menggunakan masa hariannya sebaik mungkin dan tidak membazirkannya dengan memikirkan baju yang sesuai dipakai setiap hari.
“Saya perlu bersederhana dan membuat sedikit keputusan setiap hari, kecuali apabila saya memikirkan bagaimana memberikan khidmat terbaik kepada komuniti Facebook,” katanya.
Tidak hanya memilih pakaian dianggap remeh oleh Zuckerberg.
Kata pengasas Facebook itu, memikirkan menu sarapan setiap pagi juga adalah mengarut.
Zuckerberg, 30, memiliki harta dianggarkan bernilai AS$33 bilion (RM110.4 bilion) melayakkannya menjadi orang ke-16 terkaya di dunia.-mStar online