Jennifer Lopez Kongsi Pengalaman Didera Kekasih

Jennifer Lopez berkongsi kisah sedih dia bercinta sebelum terkenal.Sebelum menjadi artis,dia pernah didera secara mental oleh kekasihnya.


Menerusi temubual bersama majalah People, pelantun lagu On The Floor itu mendedahkan dia pernah melalui sebuah hubungan cinta yang penuh dengan kekerasan.

"Kekerasan itu bukan melalui fizikal, tetapi ia jauh lebih teruk. Tubuh badan saya tidak pernah lebam, tetapi saya dianiaya dengan cara yang berbeza iaitu secara mental dan emosi.

"Saya tahu bagaimana rasanya apabila direndah-rendahkan oleh pasangan kamu," katanya.

Bagaimanapun, Jennifer enggan mendedahkan siapakah lelaki yang telah menderanya secara mental itu.

Terdahulu, Jennifer pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa selebriti ternama seperti Ben Affleck dan Mark Anthony. Walaupun berakhir dengan perceraian, perkahwinannya dengan Mark menghadirkan dua cahaya mata iaitu Max dan Emme.-hmetro

Bila Jlo dah terkenal,dia bebas memilih lelaki mana yang dia hendak bercinta siang malam.Mesti ex bf yang dera dan pandang rendah pada dia dahulu ..cuba contact balik menyesal.. 

0 comment... add one now